ACTIVITIES
MEMBANTU KEPERLUAN ASAS
KEPADA YANG TERKESAN
Sepanjang Pandemik Covid-19, ribuan keluarga terjejas pendapatan dan mata pencarian. Makanan di dapur beransur habis namun mereka tidak dapat keluar bekerja apatah lagi membeli barangan dapur akibat ketiadaan wang.
U4U telah melancarkan tabung #infaksusu 3infaksusukhas #infakbarangdapur #foodpack4u dan telah berjaya membantu sekitar 3,000 keluarga di seluruh negara.
MILKPACK4U
TAJAAN BULANAN
Program bantuan bekalan susu yang diberikan kepada bayi berumur bawah 2 tahun yang keluarganya kurang berkemampuan atau hilang mata pencarian akibat kegawatan ekonomi semasa pandemik Covid 19 melanda Malaysia dan seluruh dunia.
Semoga tajaan ini dapat mengurangkan beban kepada keluarga yang terjejas punca pendapatan mereka.
KOS TAJAAN
RM120,000
SPECIALMILK4U
TAJAAN BULANAN
Program bantuan bekalan susu khas untuk pesakit kronik yang keluarganya kurang berkemampuan atau hilang mata pencarian akibat kegawatan ekonomi semasa pandemik Covid 19 melanda Malaysia dan seluruh dunia.
Semoga tajaan ini dapat mengurangkan beban kepada keluarga yang terjejas punca pendapatan mereka.
KOS TAJAAN
RM120,000
FOODPACK4U
TAJAAN BULANAN
Program bantuan bulanan yang bertujuan untuk menyantuni keluarga asnaf, ibu/bapa tunggal, warga emas, OKU, pesakit kronik yang terlantar, mualaf dan pelbagai kekangan lain.
Keluarga penerima manfaat akan menerima “foodpack” yang merangkumi barangan asas dapur seperti beras, tepung, minyak masak, biskut dan lain-lain.
KOS TAJAAN
RM120,000