GROCERIES4U

Program bantuan bulanan yang bertujuan untuk menyantuni keluarga asnaf, ibu/bapa tunggal, warga emas, OKU, pesakit kronik yang terlantar, mualaf dan pelbagai kekangan lain.
Keluarga penerima manfaat akan menerima “foodpack” atau barangan dapur yang merangkumi barangan asas dapur seperti beras, tepung, minyak masak, biskut dan lain-lain.
Harapan daripada kempen ini agar dapat mengurangkan bebanan memudahkan urusan harian keluarga penerima manfaat yang tiada mata pencarian tetap untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.